Sejak kebelakangan ini, nama nasi ambeng meniti di bibir penggemar makanan tempatan.<br />Makanan tradisi masyarakat Jawa Tengah ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana keunikan serta rasanya yang enak.<br />Malah, ia juga sesuai dijadikan juadah berbuka puasa, sekali gus memberi rezeki kepada mereka yang mengusahakannya.
